Idearasa - Masak Lemak Cara Mudah Dengan SERBUK Rempah Ratus Lengkap Old Malaya Complete Spice
Salam & Selamat Sejahtera.
Diam tak diam hari ini dah masuk puasa hari yang ke enam di bulan Ramadhan. Rasanya badan pun dah boleh adapt dengan puasa ini. Dah tak terasa lapar & letih sangat kan? Bagi suri rumah dan wanita yang berkerjaya tentu dah rasa ringan sikitkan tugas-tugas memasak penyediaan juadah sahur & berbuka puasa. Macam pepatah melayu kata "Alah bisa tegal biasa"
Walau bagai mana pun hari ini saya ingin berkongsi cara masakan yang lebih mudah yang dapat meringankan lagi tugas-tugas di dapur rumah anda dengan produk SERBUK Rempah Lengkap Old Malaya Complete Spice.
Produk ini jenis SERBUK, bukan paste basah ya so ia tahan lama, tak perlu simpan di dalam freezer bagai walau telah dibuka. Ia bukan untuk sekali masak lepas packingnya dibuka. Saya recommend lepas buka masukkan ke dalam botol atau container supaya tak masuk angin dan serangga. Ini untuk jenis packing 500 gram - 3 lapisan aluminium porch. Untuk packing 200 gram botol pun takda masalah, dah buka boleh simpan macam tu sahaja.
200 gram packing botol. Scoop diberikan percuma. Satu scoop untuk hidangan 4 orang.
Tentu ramai yang meminati masakan Negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Api. Ia salah satu menu favourite yang memang pasti akan membuka selera. Untuk menu yang lain, jangan risau saya akan share pada posting yang akan datang.
So kat bawah ni adalah step-step cara masakan dengan menggunakan produk SERBUK Rempah Lengkap Old Malaya Complete Spice.
Saya juga lampirkan video Youtube untuk pemahaman yang lebih jelas. Dalam video ni kami guna 50 gram serbuk rempah untuk hidangan 8 orang. 50 gram ni lebih kurang size 2 sudu makan yang besar. Kalau nak masak untuk hidangan 4 orang cuma guna 20g - 25g iaitu lebih kurang satu sudu makan yang besar. Dan sukatan yang lain seperti air, santan, bahan-bahan protein perlu juga dikurangkan. Jangan risau kat dalam website saya, ada ditunjukkan. https://roslandmd.wixsite.com/idearasa-bm
Step masakan Masak Lemak dengan produk Old Malaya Complete Spice. Hidangan 8 orang. 50 gm.
1. Panaskan kuali
2. Masukkan 400 ml air dalam kuali (utk 50g rempah)
3. Terus masukkan rempah (tak perlu tunggu untuk air mendidih) & kacau perlahan-lahan sehingga sebati dengan air, tunggu sampai mendidih.
4. Apabila telah mendidih, masukkan bahan-bahan - protein seperti udang/ikan/ayam; bawang, chilies, kentang, daun kunyit – agak- agak semua bahan tadi telah masak atau paling mudah masakan mendidih.
5. Masukkan santan 100ml (api hendaklah dikecilkan supaya santan tidak pecah minyak)
6. Lepas 2/3 minit apabila masakan mendidih itu tanda masakan telah siap di masak dan sedia untuk dihidangkan.
Jujur saya beritahu yang saya ni tak pandai masak. Kalau masak air & masak nasi tu pandailah. Tapi bila pertama kali masak guna SERBUK Rempah Lengkap Old Malaya Complete Spice ni, anak-anak saya kata masakan saya rasanya macam masakan nenek. Pergh boleh tahan juga untuk orang yang 1st time memasak ini.
Berapa harganya? Murah aje, berbaloi dengan cara masakan, rasa & kelazatannya. Harga bawah ini.
Berapa harganya? Murah aje, berbaloi dengan cara masakan, rasa & kelazatannya. Harga bawah ini.
Ok itu sahaja sharing saya. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh call / wasap saya di +6019 316 9008.
➽ klik link untuk direct Whatsapp https://goo.gl/5vpMAi
➽ klik link untuk direct Whatsapp https://goo.gl/5vpMAi
➽ klik link untuk direct Whatsapp https://goo.gl/5vpMAi
Boleh juga comment kat bawah ni kalau tuan-tuan, puan-puan, cik-cik, adik-adik & abang-abang nak share resipi ke, info ke apa-apalah yang bermenafaat untuk kita bersama.
➽ klik link untuk direct Whatsapp https://goo.gl/5vpMAi
➽ klik link untuk direct Whatsapp https://goo.gl/5vpMAi
➽ klik link untuk direct Whatsapp https://goo.gl/5vpMAi
Boleh juga comment kat bawah ni kalau tuan-tuan, puan-puan, cik-cik, adik-adik & abang-abang nak share resipi ke, info ke apa-apalah yang bermenafaat untuk kita bersama.
Jumpa lagi & Selamat Berpuasa
Terima kasih.
Video Masak Lemak menggunakan 50 gram SERBUK Rempah OMCS
Ulasan
Catat Ulasan