Idearasa - Kuasa & Demokrasi | Rempah Ratus Lengkap
Salam & Selamat Sejahtera.
PRU14 telah berakhir dan telah pun melakarkan sejarahnya.
Yang menang diperingkat persekutuan telah ataupun sedang merealisasikan barisan kabinetnya.
Untuk peringkat negeri masih ada perbincangan, operasi pujuk-memujuk untuk pembentukan kerajaan. Diharap perkara ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk direalisasikan.
Yang menang diucapkan tahniah. Jalankan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat yang memilih anda dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Realisasikan manifesto, janji-janji pilihanraya yang telah anda taburkan.
Yang tewas, muhasabah diri. Ada hikmah disebalik kekalahan yang telah ditakdirkan. Usaha dan kerja keras perlu ditingkatkan untuk menarik kembali kepercayaan para pengundi. Jika dulu anda yang menetapkan syarat-syarat percaturan. Sekarang adalah masa untuk anda memantau perancangan, perlaksanaan dan menjadi watchdog bagi pihak rakyat keseluruhan bukan hanya untuk kepentingan segelintir elit kerana undi kepada anda adalah daripada rakyat majmuk . Jadilah pembangkang yang berkualiti dan membina untuk kebaikan agama, bangsa & negara.
Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan